Thursday 21 April 2011

Duyut-duyut skoyamoro

Duyut sentiasa bangun pagi, baginya pagi permulaan segalanya sepanjang hari. Rezeki murah katanya. Itulah kefahamanya sejak dari baligh lagi. Tapi kefahaman duyut semakin luntur sekarang. Kehidupan duyut tidak sama macam dulu.Duyut manusia biasa saja. Kerja kampung. Ambil upah menebas, naik pohon nyor atau ambil upah tutuh dahan pokok. itulah core bisnis duyut. Pendapatan tetap, kenaikan tahunan, coti rehat khas, elaun khidmat, COLA, elaun lebih masa, elaun keraian, elaun perjalanan, elaun kritikal dan elaun-elaun...tak pernah diimpikan oleh nya. Apatah lagi nak naik kereta, motorsikal pun tak pernah ada. Anak duyut ada 6 orang, 5 masih bersekolah dan seorang lagi baru nak masuk 2 tahun. Anak-anak duyut pergi sekolah dengan basikal dan bawa bekal nasi dengan kicap cap kipas udang. Setiap orang bawak air masak dalam botol air mineral. Kalau ada kelas fardu ain yang elaun naik 800 ringgit tu..lewatlah anak-anak duyut balik. Duyut pesan doh.."kalu lapar mu minulah air paip, ayah takdok pitih". Keluarga duyut makan nasi beras Nasional ST15% hancur..kalu tanak 100% hancur. Duyut guna 6 hingga 7 kampit beras Nasional 10kg ST15% hancur kalu tanak 100% hancur.
Anak-anak duyut makan banyak , kerana itulah makanan siang malam pagi petang. Kadang-kadang ada juga biskut marie dan biskut tawar cap ping pong. Jarang-jarang. Duyut tahu..walaupun keadaan dan kenyataan hidupnya sekeluarga begini..dia tetap tidak terlepas dari keadaan dan kenyataan kenaikan harga barang..bermula dari ngapit kuku hingga nyabut uban. "Mu sesok ko..mu kayo ko..mu tetap rasa macamana orang lain raso" itulah motto Duyut. Duyut pernah kecek dengan skoyamoro..tapi skoyamoro pun lebih kurang saja, duit takdok sokmo. Lebihnya skoyamoro dia ada mutosikal EX5. Baru-baru ni skoyamoro terima notis saman daripada Polis Diraja Malaysia PDRM, bengon juga dok mikir kor saman. Sey tok sey kenak bayar jugak. Skoyamoro sangat takut dan hormat kepada Polis Diraja Malaysia PDRM. Bukan setakat Polis Diraja Malaysia PDRM, Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ pun dia takut..SPRM suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia..lagilah dia takut. Sebut sahaja SPRM suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia..kecut perut, nok berak, nok kencing, nok jerit,nok teriak ada belaka..tu baru sebut nama..belum lagi kena panggil. Sebut SPR...senggih gigi skoyamoro. SPR maknanya ngundi. Ngundi maknaya Pilihanraya. Pilihanraya maknaya jalan tar Baru, rumah PPRT, duit tempek poster, Duit pacak bendera, duit menunggu pos parti, rokok danhil...banyak lagilah. Duyutlah paling suka. Biskut marie memang mewah. Anak-anak duyut kenyang buncit macam buntal. Rumah duyut yang tepi parit belakang kubang kuba pun pernah disinggahi oleh orang-orang besar. Orang besar bawak hamper dan beras. Lepas tu..bawa orang surat kabar, lepas tu pukul gambar, lepas tu beredar. Habis musim ngempen, balik seperti sediakala. Itulah kehidupan Duyut-duyut skoyamoro.